Salam sejahtera para pengunjung sekalian...Terima kasih kerana telah sudi mengunjungi blog ini. Saya akui bahawa pembikinan blog ini bukannya suatu yang mudah. Pelbagai rintangan telah saya lalui semasa mengolahnya. Keadaan di tempat bertugas (pedalaman 3 ) yang mempunyai perkhidmatan internet yang sangat tidak memuaskan merupakan antara faktor yang sedikit sebanyak menganggu proses pembikinannya dari awal lagi. Selain itu, saya pada asalnya tiada pengetahuan langsung tentang blog dan inilah pertama kali saya berhadapan dengannya. Saya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mencubanya sendiri melalui pembelajaran di UPSI ini. Ini merupakan ilmu yang tidak ternilai harganya bagi saya.
                Sebenarnya, ini adalah blog ke-2 saya untuk tugasan KRT3013. Saya telah membuat blog yang pertama tetapi tidak berpuas hati akannya. Banyak masa yang dihabiskan untuk 'explore' dan kaedah cuba jaya telah saya praktikkan maka akhirnya terbinalah blog yang ini pula. Saya juga amat pasti bahawa minat akan blog telah berputik dalam diri saya dan saat ini merupakan titik permulaan untuk menghasilkan blog - blog yang lain pada masa akan datang.
              Akhir kata, semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada para pengunjung sekalian. Di sini juga saya memohon jasa baik kalian untuk memberikan komen terhadap isi kandungannya bagi tujuan renungan dan penambahbaikan.

Terima kasih.....

2 comments:

  1. Percubaan yang baik dan menarik, mungkin boleh ditambahkan lagi pautan dan kandungan, semoga berjaya! teruskan usaha!

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana telah follow saya dan memberi komen. Akan saya tambahkan juga kandungan blog ini dari masa ke masa. Terima kasih sekali lagi...

    ReplyDelete